Persepsi Guru Sains PPSMI Terhadap Masalah Perlaksanaan Pengajaran Subjek Sains
(PPSMI) Di Sekolah Rendah Kawasan Skudai, Johor Bahru.
Aziz Bin Nordin & Yang See Boon
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sain PPSMI terhadap perlaksanaan
pengajaran matapelajaran sains di Sekolah Rendah di kawasan Skudai, Johor Bahru. Dalam
kajian ini, aspek yang dikaji adalah persepsi guru dari segi faedah, pendedahan maklumat serta
masalah-masalah yang dihadapi. Sampel kajian melibatkan 87 orang guru sains (PPSMI) di
enam belas sekolah rendah di kawasan Skudai, Johor. Instrumen kajian digunakan adalah soal
selidik untuk mendapatkan data. Data mentah dianalisis dengan menggunakan Perisiaan
komputer SPSS 14.0 for window. Peratusan, min dan sisihan piawai dikira. Dapatan kajian
menunjukkan respoden mempunyai persepsi yang rendah terhadap perlaksanaan pengajaran mata
pelajaran sains dalam bahasa Inggeris dari segi pendedahan maklumat dan faedahnya. Masalahmasalah
yang dihadapi pula berada pada tahap sederhana. Perkaitan antara masalah dengan
persepsi guru adalah signifikan.
Katakunci : guru sains, PPSMI
Pengenalan
Proses globalisasi menyebabkan masyarakat seluruh dunia menjadi semakin terhubung dalam aspek ekonomi, politik dan budaya. Ini adalah proses perubahan dunia akibat daripada kesan penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi baru. Kekaburan batas geografi mengimplikasikan perubahan dalaman, skala penghasilan barangan dan khidmat. Pembahagian global bagi kerja dan kuasa, saiz dan keluasan serta sifat pasaran, dan perdagangan dunia turut berubah. Di samping itu, penyebaran berita, maklumat dan budaya material serta bukan material turut menghadapi perubahan. Meskipun ini adalah satu kemajuan, ia akan meletakkan sesuatu masyarakat yang dominan iaitu masyarakat negara maju menguasai dunia tanpa sempadan ini. Masyarakat negara sedang membangun pula akan terpinggir lantas mencetuskan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan politik. Ini memberi implikasi bahawa negara-negara sedang membangun harus berupaya untuk berdaya saing dengan negara-negara lain.
Di samping itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan dunia, bahasa ilmu dan sains sejagat yang amat penting, khusunya bagi sesebuah negara dan masyarakat yang ingin
mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat. Di sini, kepentingan bahasa Inggeris sangat
ditekankan oleh bekas Perdana Menteri kita di Malaysia. Dalam diaglognya dengan para
akademik daripada pelbagai universiti di Malaysia pada 9 Julai 1992, Tun Seri Dr Mahathir
Mohamad menekankan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan harus
mempunyai kecekapan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Menurut beliau,
kemahiran dalam bahasa Inggeris merupakan satu syarat iaitu untuk mencapai wawasan 2020
untuk membangunkan negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju. (Asmah Haji
Omar,1994).
Pendidikan sains di negara kita telah menjadi semakin penting, Lebih-lebih lagi negara
kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang disarankan oleh Tun
Mahathir Mohamad dijadikan sebagai matlamat negara pada masa akan datang sejak tahun 1991.
Antara wawasan yang disarankan adalah mewujudkan masyrakat yang saintifik, progresif,
inovatif dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa hadapan (Hussein
Ahmad,1992). Justeru, negara kita perlu mula mengorak langkah memasuki era serba sains dan
teknologi pada masa hadapan.
Pernyataan Masalah
Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains terhadap
perlaksanaan pengajaran subjek sains daripada beberapa perspektif yang berbeza. Dua perspektif
yang ditinjau adalah faedah PPSMI terhadap guru dan pelajar serta pendedahan maklumat dari
segi kursus dan bahan sokongan PPSMI seperti media massa, laman web dan lain-lain.
Peningkatan umur serta kelulusan akademik dikatakan mungkin mempengaruhi pemikiran dan
persepsi guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains. Jadi perkaitan antara perpesi guru
dengan umur serta kelulusan akademik sains ditinjau. Di samping itu, masalah yang mungkin
dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan projek PPSMI juga ditinjau. Kajian ini juga meninjau
sama ada perbezaan tahap umur serta kelulusan akademik dapat mempengaruhi masalah yang
dihadapi oleh guru sains PPSMI dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains . Selain itu,
perkaitan antara masalah yang dihadapi guru sains PPSMI dengan persepsi mereka terhadap
perlaksanaan pengajaran subjek sains turut ditinjau.
Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini mempunyai objektif seperti berikut :
i) mengenalpasti persepsi guru sains terhadap perlaksanaan pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris.
ii) mengenalpasti sama ada kelulusan akademik guru berkaitan pembelajaran sains
dalam bahasa Inggeris.
iii) mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru sains PPSMI dalam
perlaksanaan pengajaran subjek sains (PPSMI)
Kepentingan Kajian
Hasil daripada keseluruhan kajian ini diharapkan akan memberikan gambaran dan
panduan yang lebih jelas kepada pihak pentadbir sekolah bahawa setiap penggubalan
perancangan kurikulum sains memerlukan usaha sama semua pihak untuk mempertingkatkan
pencapaian mutu pembelajaran sains di kalangan para pelajar dan menyedarkan tentang
kepentingan bahasa Inggeris.
Kajian ini juga merupakan satu usaha untuk lebih menyedarkan guru mengenai
kepentingan, peranan dan tanggungjawab mereka untuk mempengaruhi pelajar dalam menyemai
minat dan suka terhadap mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.
Diharapkan juga agar hal-hal kajian berkenaan hubungan masalah pembelajaran sains
dengan guru ini akan memberikan panduan dan hala tuju kepada semua pihak yang terlibat untuk
lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin terhadap segala masalah-masalah yang timbul dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah serta samasama
dapat berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Hasil cetusan kajian mengenai pelajar dan bahan pengajaran adalah antara masalah yang
dhadapi oleh guru, diharapkan akan menyedarkan setiap pelajar bersikap positif dan proaktif
terhadap mata pelajaran sains demi mencapai hasrat negara yang ingin mempunyai masyarakat
celik sains dan dapat menguasai bidang ilmu yang paling dinamik dan pesat perkembangannya.
Dari bahan pengajaran, diharapkan kerajaan dapat membekalkan alatan atau bahan yang bermutu
bagi memudahkan pembelajaran sains.
Akhirnya, kajian ini juga adalah sebagai maklum balas terhadap isu yang dikaji dan boleh
dijadikan panduan kepada penyelidikan yang ingin mengkaji pembelajaran sains dalam bahasa
Inggeris pada masa akan datang.
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk deskriptif. Menurut Sulaiman Yamin (1996),
statistik deskriptif melibatkan penjadualan dan penerangan kumpulan data. Data boleh berbentuk
kuantitatif dan juga kualitatif. Data yang banyak dan luas ini perlu dikumpul, diringkas dan
dirumuskan supaya ia bermakna. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan statistik deskriptif
untuk menentukan persepsi guru terhadap masalah pembelajaran dan pembelajaran sains dalam
bahasa Inggeris. Data yang dikumpul adalah dalam bentuk kuantitatif.
Populasi dan Sampel Kajian
Untuk tinjuan kajian ini, sampel yang dipilih merupakan kaedah persampelan rawak
kelompok. Secara umumnya, persampelan rawak kelompok merupakan pemilihan sampel
berdasarkan rumpunan populasi. Kebaikan yang diperoleh daripada kaedah ini adalah setiap
kelompok dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Cara ini
dapat mengurangkan ‘bias’ yang mempengaruhi perwakilan populasi tersebut ( Dalen, 1993).
Dalam kajian ini, 16 buah sekolah rendah di kawasan Johor Bahru dipilih secara rawak
untuk mendapatkan sampel yang dikehendaki. Semua guru-guru sains PPSMI yang mengajar
dalam sekolah tersebut dipilih sebagai sampel kajian.
Instrumen Kajian
Instrument kajian yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini ialah borang
selidik. Mohd Najib (1998) menyatakan bahawa instrumen menentukan jenis data yang
diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisi data yang diperolehi. Instrumen soal selidik
dipilih bagi mendapat maklumat yang tepat dan berkesan serta responden dapat memberikan
tindak balas yang baik dalam aspek yang ingin diuji berbanding kaedah temubual. Soal selidik
juga dapat membantu pengkaji mencapai objektif dengan lebih berkesan dan lebih pratikal, serta
dapat mengelakkan berat sebelah atau ‘bias’ kepada pihak temubual.
Pembinaan soal selidik mengambil kira andaian bahawa responden dapat membaca dan
memahami item-item yang dikaji, responden mempunyai pengetahuan dan masa mencukupi
untuk menjawab item-item soal selidik dan responden menjawab secara sukarela dan ikhlas
menjawab soal selidik yang diberikan.
Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan pada (10 Okt 2007) ke atas 10 orang guru-guru PKPG UTM
Skudai. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menentukan kebolehpercayaan item-tem
soal selidik yang dibuat oleh pengkaji. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan keputusan
ujian iaitu sama ada skor yang diperoleh melambangkan ukuran sebenar seseorang dalam
menjawab soal selidik ( Mohd Najib, 1998).
Penyelidikan telah melaksanakan kajian rintis dengan sendiri ke atas 10 orang guru
PKPG yang terlibat. Guru-guru diberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik
yang dikemukakan kepada mereka. Setelah kajian rintis dijalankan, borang selidik dikumpulkan
dan setiap item dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan item-item soal selidik. Item-item
yang mempunyai nilai peratus menjawab tidak pasti yang tinggi dan item-item yang
menimbulkan banyak soalan daripada guru semasa menjawab borang selidik diperbaiki dari segi
struktur ayat dan bahasa supaya lebih difahami oleh responden. Sesi perbincangan juga diadakan
berkisar tentang masalah yang timbul dalam ujian, baik dari segi pernyataan soalan, bahasa,
kaedah pentadbiran dan jangka masa mengambil soal selidik. Soal selidik yang telah diperbaiki
diperiksa sekali lagi bersama penyelia sebelum digunakan untuk kajian sebenar.
Data yang dikumpul dari kajian rintis telah dianalisis dengan perisian komputer stastical
package of social sciences for window version 14. Cronbach Alpha yang didapati daripada kajian
rintis ialah 0.78. Data ini menunjukkan bahawa kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang
agak tinggi. Ini kerana alpha merupakan ketetapan dalaman dan nilai maksimum untuk pekali
adalah satu. Sekiranya nilai tersebut kurang daripada 0.6 maka instrumen yang digunakan
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah (Mohd Salleh dan Zaidatun Tasir, 2001) daripada
alpha yang telah dianalisis, ciri-ciri masalah yang perlu diubahsuaikan dan dikekalkan telah
ditentukan. Langkah ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keboleh percayaan kajian sebenar.
Analisis Data
Dalam bab 4 ini, dapatan kajian daripada soal selidik telah dianalisis dengan perisisan
komputer stasistical package of social sciences for window version 14.0. Daripada dapatan
kajian, penyelidik dapat merumuskan bahawa secara keseluruhan, kedua-dua persepsi respoden
terhadap perlaksanaan pengajaran PPSMI dari aspek pendedahan maklumat dan faedahnya
adalah pada tahap positif yang rendah (rujuk Jadual 4.5.1). Dari dapatan kajian juga, tidak
terdapat perhubungan yang signifikan antara persepsi dengan umur serta latar belakang
akaedemik mengajar sains respoden.
Jadual 1: Rumusan dapatan kajian bagi aspek-aspek yang dikaji.
Bagi masalah-masalah yang dikemukakan pula, guru sains berpendapat bahawa masalah
tersebut berada tahap negatif yang rendah sahaja. Tambahan pula, tidak terdapat perbezaan
signifikan bagi masalah yang dihadapi mengikut kategori umur serta latar belakang akademik
guru mengajar sains. Daripada analisis kolerasi kajian, terdapat perkaitan yang signifikan antara
persepsi dengan masalah yang dikaji.
Bagi bab yang seterusnya, penyelidik akan melakukan perbincangan atas dapatan kajian
yang telah dianalisis dalam bab 4.
Perbincangan
Pendekatan pendedahan maklumat adalah penting dalam meningkatkan pengetahuan
serta kemahiran guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains. Jadual 4.3.3, nilai purata
min bagi persepsi guru terhadap perlaksanaan subjek sains dari aspek pendedahan maklumat
adalah 3.67 . Secara keseluruhannya respoden mempunyai persepsi yang rendah terhadap
pendedahan maklumat dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains (PPSMI).
Respoden mempunyai persepsi positif yang tinggi terhadap pendedahan maklumat dari
kursus dengan nilai 4.16 dan julat minnya adalah dari 2.65 hingga 4.18. Ini adalah selaras dengan
Atan Long ( 1982), pengetahuan tentang sesuatu pelajaran yang hendak dikuasai oleh seseorang
itu adalah datangnya dari kusus-kursus akademik. Hasil kajian juga menunjukkan kursus dapat
membantu guru sains mengendalikan alatan serta skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris dalam
glasori yang diberikan memudah pengajaran dengan nilai min 4.18 dan 4.10. Ini adalah selari
dengan kajian Farah Asnida (2004) yang menyokong bahawa kursus dan latihan PPSMI dapat
membantu dalam pengajaran. Bagi kajian Haji Wan Muhammad pula mendapati kursus dapat
meningkatkan kemahiran guru untuk menggunakan ICT secara cekap dan efektif. Pihak
kementerian menyediakan skrip pengajaran bagi membantu guru yang menghadapi masalah
dalam memberikan arahan yang jelas kepada murid. Berdasarkan skrip tersebut, guru sains dan
matematik berpeluang mempelajari bahasa dan sebutan perkataan yang betul dalam memberi
arahan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah selaras dengan
kajian Haliza (2004) yang menyatakan bahawa skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris dalam
glasori yang diberikan membantu dan menyenangkan proses pengajaran guru.
Tambahan pula, dapatan kajian juga menunjukkan respoden mempunyai perspektif yang
rendah terhadap kursus PPSMI dengan meningkatkan keyakinan guru dalam pengajaran bahasa
Inggeris dalam sains dengan min 3.67. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian Ambigapathy
dan Revathi (2004) yang menunjukkan guru berasa lebih yakin dalam perlaksanaan pengajaran
PPSMI setelah menghadiri kursus PPSMI.
Daripada perspektif faedah perlaksanaan PPSMI dalam subjek sains terhadap pelajar,
julat min sekarang adalah dari 2.62 hingga 4.03. Secara keseluruhan, respoden mempunyai
perspektif yang rendah terhadap sumbangan PPSMI kepada pelajar dengan min 3.34. Daripada
dapatan kajian penyelidik mendapati guru mempunyai perspektif positif yang rendah kepada
sumbangan PPSMI kepada pelajar dengan nilai dari dapatan kajian juga menunjukkan persepsi
guru-guru yang rendah kepada faedah perlaksanaan projek PPSMI dalam meningkatkan
kefasihan pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris iaitu nilai min 3.56. Kebanyakan respoden
bersetuju dengan faedah ini. Ini adalah sejajar dengan dapatan kajian Kementerian Pelajaran
yang mendapati bahawa guru dan murid semakin yakin menggunakan bahasa Inggeris dalam
bilik darjah (Utusan Malaysia, 3 April 2005). Timbalana Menteri Pelajaran Dato’ Hon Choon
Kim (20 Disember 2005) juga menyokong kenyataan ini semasa dalam mesyuarat dewan negara.
Dengan perlaksanaan PPSMI dalam subjek sains, pelajar dapat lebih banyak peluang bertutur
dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kadar pengguasaan bahasa yang tinggi ini telah
menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berkomunikasi dalam bahasa ini. Lama-kelamaan
pelajar dapat bertutur bahasa ini dengan fasih.
Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan bahawa respoden mempunyai persepsi
yang negatif yang rendah terhadap sumbangan perlaksanaan projek PPSMI dalam meningkatkan
prestasi pelajar dalam subjek sains dengan nilai 3.25. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian
Low (2004) yang menunjukkan bahawa prestasi pelajar adalah kurang memuaskan dengan
85.1% pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir 2003. Ini disebabkan penguasaan bahasa
Inggeris yang kurang baik mempengaruhi proses pemahaman konsep sains mereka. Selain itu,
dapatan kajian Low (2004) mendapati kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam
menyampaikan jawapan bagi soalan sains dalam bahasa Inggeris. Ini juga merupakan salah satu
faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam subjek sains.
Selain itu, repoden juga bersetuju bahawa PPSMI dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran menarik dengan penggunaan multimedia. Ini adalah sejajar dengan dapatan Kerp
(1989) yang mengatakan bahawa penggunaan media telah menjadikan pengajaran lebih menarik
dan lebih berinteratif. Kajian Low juga (2004) juga mendapati bahawa pelajar lebih suka
pengajaran sains dijalankan dengan menggunakan kemudahan seperti perisian compact disc agar
pengajaran lebih menarik.
Hasil kajian menjelaskan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kelulusan
akademik dengan persepsi guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains dengan nilai p
lebih besar daripada 0.05. Faktor kelulusan akademik tidak mepengaruhi persepsi guru sains
terhadap perlaksanaan subjek sains (PPSMI).
Daripada dapatan kajian, penyelidik mendapati masalah yang dihadapi oleh guru sains
PPSMI adalah tahap sederhana sahaja. Ini memberikan gambaran respoden tidak menghadapi
sebarang masalah yang besar semasa perlaksanaan pengajaran subjek sains PPSMI dengan julat
min adalah 2.42 hingga 4.06.
Bagi masalah yang paling minimum adalah semangat guru melengkapkan diri dengan
pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan dengan PPSMI dengan min 4.06. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru-guru di kawasan Skudai menyokong dengan perlaksanaan pengajaran
pengajaran subjek sains dan tidak mempunyai konflik kendiri. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi negatif yang rendah terhadap kebolehan
mereka memahami pengajaran subjek sains di dalam bahawa Inggeris dengan nilai min 2.79.
Masalah ini juga berada pada tahap sederhana. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian Low
(2004), pelajar mengatakan bahawa mereka tidak memahami konsep yang ingin disampaikan
oleh guru sains mereka.
Akhirnya, masalah penggunaan courseware memerlukan masa yang panjang dengan min
2.75. Masa bukan sahaja digunakan untuk pemasangan peralatan malah ia digunakan untuk
menjelaskan konsep. Pendekatan courseware juga tidak sesuai dengan tahap murid. Kekerapan
penggunaan courseware akan membosankan pelajar. Menurut kajian Rhodes dan Cox (1990),
kekurangan perisian yang berkualiti menyebabkan guru memberikan pengajaran tidak berkesan.
Kelewatan courseware dihantar ke sekolah telah menggangu proses pengajaran guru. Kajian Low
(2004) juga mepunyai dapatan menyatakan satu sebab guru tidak melaksanakan penggunaan
courseware dalam pengajaran kerana perlu mengikut sukatan pelajaran yang terlalu padat.
Daripada analisis kajian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara
tahap umur dengan masalah yang dihadapi oleh guru sains dalam pelaksanaan pengajaran subjek
sains (PPSMI) iaitu nilai p adalah lebih besar daripada 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan
tahap umur berbeza tidak mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh guru dalam perlaksanaan
pengajaran subjek sains(PPSMI). Ini adalah bertentangan dengan dapatan Siti Mariam (2004)
yang menyatakan bahawa faktor umur yang meningkat menjadi kekangan kepada guru
meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Dari dapatan kajian, terdapat perkaitan yang signifikan antara masalah yang dihadapi
oleh guru-guru sains PPSMI dengan persepsi mereka terhadap perlaksanaan pengajaran subjek
sains. Secara keseluruhannya, pekali kolerasi adalah -0.516 dan nilai signifikan adalah kurang
daripada 0.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perhubungan antara dua
pembolehubah ini, tanda negatif dihadapan pekali negatif menunjukkan perhubungan negatif. Ini
bermaksud bahawa masalah yang dihadapi semakin tinggi, persepsi guru terhadap perlaksanaan
pengajaran subjek sains PPSMI akan semakin negatif atau sebaliknya. Ini adalah disokong
dengan dapatan kajian Yu(2004), pengetahuan dan kemahiran guru terhadap teknologi
mempengaruhi persepsi mereka untuk mengaplikasi dalam pengajaran.
Rujukan
Aziz Nordin (1991). Bahasa di Di dalam Pendidikan Sains. Buliten kimia.2.Bil.1.
Barnes (1979) . Talking, Listening And Using Words in Sciences. dalam Wynne Harlen (1992).
Talking, Listening and Using Words in Sciences. David Fulton Publisher.
Crow dan Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Dalen ,D.B.V (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan: Satu Pengenalan. Edisi Keempat :
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Duncan Philip (2003). Persepsi Pelajar, Guru dan Ibubapa Terhadap Penggunaan Bahasa
Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah-sekolah
Menengah Zon Skudai, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana
Muda.
Fauzy Halim (2001). Atasi Kelemahan Bahasa Inggeris UPSR. Dalam Utusan Malaysia. 10
November 2001.
Gasnesa, K. (2002). A Timely Move To Teach Sciences & Mathematics In English- Staff
Development For Sciences And Mathematics Teacher, Educators : Rescam News.
Haji Wan Muhamad (2004). Menangani halangan-halangan ke arah Peningkatan Kemahiran
ICT. Jurnal Iitizam. Jilid (2). Dimauat turun dari
http//kelantan.gov.my/kbtc/jabatan/JPP/lengkap.doc.
Josie Taylor,Eileen Scalon dan Barbara Hodgson (1999). Multimedia and Sciences Education.
The Open University, United Kingdom. Dimuat turun dari http//pandora.nla.gov.au/npharch/
1991/01999.Dec.
Kamaruddin Husin (1989). Pedadogi 3. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Low, Vivian YenYung (2004). Tinjauan terhadap Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains Tingkatan Satu Di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Terpilih di Ipoh. Universiti
Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Marten Shipmen (1985). The Management of the Learning In The Classroom. Londan Sydney:
Hooldner and Stoughton.25-85.
Meor Ibrahim Kamaruddin (2002). Pengajaran Sains dan Matematik. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Poh, Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razak Mamat (1993). Fakta Dan Maklumat Kenegaraan Malaysia. Petaling Jaya: Longman Sdn.
Bhd.
Sabariah Binti Sarigan (2004), Persepsi Bakal-bakal Guru Lepasan UTM Terhadap Tahap
Kesediaan Mereka Mengajar Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Salihan Sias (1991). Psikologi Pembangunan Pendidikan Malaysia 1 st Edition. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pusaka.
Utusan Malaysia (2002). PM: Pelaksanaan Serentak Mata Pelajaran Sains, Matematik dalam
Bahasa Inggeris 2003 ; Persatuan Guru Sokong . 17 Jun 2002.
Yu, Lu Hsing (2002). Preservice Teacher Preparation to Integrate Technology and Mathematic
: Review of Literature. Di muat turun dari http://
www.mste.uiuc.edu/courses/ci413spo2/students/yhsiung/Hsiung_wp2.doc.
Zulkifli Yusof (2000). Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala
Lumpur : Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.
0 cikgu bitara bagi komen.:
Post a Comment